Friday, June 02, 2006

Kemalapan Muzium Negeri Sembilan


Sejak aku jejak kaki di Seremban, memang aku pasang niat nak jejak kaki ke Muzium Negeri, kena pula setiap hari kalau aku bekerja mesti aku lintas depan tu. Kononnya tujuan kesana sebab nak memahami sejarah negeri tempat aku 'menumpang kasih' ni.

Cuma minggu ni baru aku berpeluang menjengah. Sampai sana aku tengok parking lot kosong walau musim cuti sekolah. Dah lama aku peratikan muzium ni asyik kosong jer, promosi kurang kot.

Ingatkan masuk berbayar, rupanya free saja cuma kena register nama masa nak masuk. Masa sampai, petugas kaunter menyambut kedatangan aku dengan senyum simpul. Bila buka buku register, baru aku tahu kena dia senyum girang...aku pelawat ke enam hari tu walaupun dah lewat petang.

Apa masalahnya dengan muzium ni sampai orang tak nak datang. Negeri Sembilan takder sejarah ker? Silap-silap aku bedal pengurusan Muzium (bedal orang memang best, kalau dibedal sendiri mau ingatlah).

Aku masuk ruang utama di tingkat bawah..ada ruang filateli, ada display pasal pakaian tapi bagi aku memang tak menarikpun.

Naik tingkat atas pula (siap buka kasut), susana sama juga. Tak berjaya menarik minat aku. Bahan pameran banyak berkisar kepada sejarah Undang-Undang di Negeri Sembilan.

Artifak agak kurang, deskripsi artifak banyak yang tak lengkap, ruang artifak banyak yang kosong -harap maaf, artifak sedang dibaikpulih- gitulah signboard kat situ.

Musykil juga dengan kedaifan muzium ni, suasana kat dalam pun panas semacam. Ada satu je aircond dekat pintu masuk utama. Tak tahu pula berapa horsepower aircond tu sampai aku boleh menitik peluh kat dahi.

Membosankan! Aku turun dan pergi tengok dua rumah lama kat laman muzium. Belah depan ialah Istana Ampang Tinggi. Ada aura majestik. Seni ukiran pun hebat. Tapi sayang istana ni berkunci.

Sebelah istana pula ada satu rumah minang kabau contoh. Memang klass. Dengan teknologi zaman-zaman dulu, rumah tu dipenuhi ukiran. Gothic je aku rasa.

Tapi sayang, rumah tu tak dijaga. Bila aku masuk, lantainya berdebu. Belah dalam ada tahi burung. Dalam satu bilik tu pulak ada aku jumpa dua bantal peluk dan hiasan macam bunga telur berselerak.

harta kerajaan tu, mana boleh buat macam tu. Kalau pelancong asing datang apa persepsi dia. Menteri Besar duk canangkan dasar Fikirkan Pelancongan tapi nampak macam pihak Muzium kurang menyahutnya.

Dua tiga hari lagi aku rancang nak jenguk balik..kalau ada lagi benda-benda bersElerak tahulah apa aku nak buat. Kasi meletup sikit.

Kesimpulan aku selepas melawat muzium tu : Patutlah orang tak melawat, tak menarikpun. Tak capai standard muzium dalam erti kata sebenar (pandangan bebas aku, bukan orang lain).

Kapsyen: Gua melepak atas tangga rumah Negeri Sembilan...teringat rumah kat kampung aku


Kapsyen: Rumah contoh Negeri Sembila-bukti kecanggihan teknologi bina rumah tanpa paku
Kapsyen: Pintu masuk Istana Amoang Tinggi-Majestik-
Kapsyen:Ukiran dalam rumah Negeri Sembilan, perhatikan ukiran ayat Quran kat belah atas
Kapsyen: Ukiran kat pintu yang gempakKapsyen: Pahat dan tukul untuk ukiran ni, berapa lama nak siap agaknya
Kapsyen: Motif geometri yang ngam

Kapsyen: Lurus je barisan tiang ni..macamana orang dulu-dulu buat erk
Kapsyen: Seni yang halus buatannnya. Ngam!!

Kapsyen: Setia sudut ada ukiran, kalau nak buat sekarang berapa kos dia
Kapsyen: Macam lorekan mesin
Kapsyen: Ni part yg tak menarik...taik burung bersepahKapsyen: Apa kena ni pengurusan Muzium Negeri Sembilan

4 Comments:

At 11:36 AM, Blogger world of lurve said...

sedih sedih...agaknya kan orang zaman skrg memang dh tk minat muzium2 nih..sejarah hanya untuk amik exam jer...masing2 sibuks nak ke disneyland n universal studio..teknologi canggih kann...haiiii...nasiblah pakcik...

 
At 2:04 PM, Anonymous Anonymous said...

Aku dah tiga tahun kerja kat n.9. Aku sangat suka pergi ke tempat bersejarah dan muzium. Malangnya, apabila aku bekerja di sini, banyak tempat menarik terbiar. Kalau muzium pun macam terbiar, kat tempat bersejarah lain pun cam tu jugak. Agak-agaknya takde budget kot. Sejarah negeri ini memang menarik dan di manakah kesilapannya hingga sejarahnya hampir dilupakan oleh generasi baru. Di mana pergi pengkaji sejarah di negeri ini. Bila aku fikir-fikirkan semula aku dapati ramai pengkaji sejarah dan cerdik pandai kat negeri ini pernah merajuk beberapa dekad lalu kerana dikatakan melawan kerajaan. Ala biasa la kan... kalau nak orang cakap yes tuan, yes tuan...itu orang kaki bodek, bahaya untuk bot-bot kecil dan sederhana. Tapi sekarang kerajaan negeri kena pujuk semula mereka yang dah merajuk tu. Panggil mereka balik... dan terus berada dan mencurahkan jasa kat negeri ini. Kalau di negeri Johor dan Selangor, anak jati di sana dipanggil berkhidmat dan mereka dilayan dengan baik. Tapi kat sini, mereka pernah disuruh pergi kerana terlebih pandai....betoi ke cerita aku nie.... jangan ambil hati ya, sebab aku sendiri tak pasti. Tapi kalau betoi... kenapa ya kejadian itu boleh berlaku? Agak-agaknya siapa boleh jawab ya?

 
At 4:58 PM, Anonymous Anonymous said...

Aku macam x prcaya plak bila baca crita korang ne..aku memg minat sungguh2 ngan sejarah..pe bleh buat kan..tunggu dan lihat lah ape agaknye tindakan pihak yang bertanggungjawab untuk menaikkan semula muzium ne..dah tu nanti baru aku lawat ngko ea muzium...hehehehe...

 
At 10:48 AM, Anonymous Anonymous said...

aku dah baca komen-komen u olz. baru-baru ini me n my fren bercuti kek negori sembilan. dari A-z Kami jelajah semua muzium kek sini. tetapi apa yang saudara beritahu semua dah tak ada. sekarang semua dah berubah. kek istana ampang tinggi design still sama, but pengisian still updated. bukan senang nak dapat coz we olz ada interview orang besar dia, mula2 ditinggalkan oleh kerabat2 raja dulu pun, semua barang dah hancur, buruk sangat. So, diorang mencari ilham dan barang yang sesuai di zaman itu. cadangan kita dialu-alukan you olz.!yang penting mana ada berkunci pun.siap buat pakej makan bersila lagi atas tuh you olz.tanyalah dorang..kena rajin2 bertanya, jangan main hentamje.

takdeq mananya merajuk diorang tuh..kalau dah ada bakat tuh, buat jelah. ( tapi bukan senang erk puaskan hati semua hehe)

kalau korang pi muzium adat, wow! semua adat you all tau.ada sana. orang yang tak beradat pun pasti beradatlah nanti.kalau u all nak tahu, sempena pertabalan yang dipertuan bulan 10 ni,bercutilah ke negeri ini, memang dasyat promosi! international press pun turun tau. adat bersiram diiringi beberapa pahlawan berbaju seragam hitam.hmmm satu-satunya dalam dunia selepas tempoh 41 tahun. masa tuh, korang tengoklah muzium2 kek apa kek semua diorang kasik gempak. (mana taknya tunku muhriz pantau beb)
jangan cakap saja poie ler!

 

Post a Comment

<< Home